Oho, aku bukanlah seorang yang terkenal dengan rajin memasak ataupun pandai memasak sebab memang selalunya malas pun. Tapi kali ni tiba-tiba pulak timbul semangat memasak. Sebelum-sebelum ni pun, waktu rotation di luar Dublin, takdak la aku memasak pun. Mullingar dulu, hampir setiap malam beli di luar. Kalau tak nasi ayam Balti Dunnes Store, mesti akan beli di kedai sebelah bed and breakfast (B&B) tempat aku dan kawan-kawan tinggal.

So, semalam dengan rajinnya aku masak simple stuff. Ayam goreng KFC dan jugak sayur campur special.
Ayam goreng KFC tu macam biasa la kan, ayam korang basuh bersih-bersih (kalau rajin lagi dengan tepung gandum), bagi yang tak makan kulit macam aku, beli siap-siap ayam yang dah dibuang kulit. Lepas basuh tu, korang celup ayam dalam sebijik telur yang dah dipukul rata, kemudian salutkan dengan tepung KFC atau Radix FC yang korang ada. Sebelum balik sini dulu, aku beli jugak tepung perasa tom yam. Haha. pastu korang goreng la secukup rasa. Then, siap.

Sayur special tu aku buat sebab takmau bazirkan sedikit tepung yang berlebihan dan telur yang dah dipecahkan tadi.

So, apa yang aku buat semalam adalah: 
1. masukkan baki tepung tadi dalam telur, pukul rata lagi. Yang sepatutnya dibuat adalah bancuh dulu baki tepung dengan sedikit air panas dan tuang kedalam baki telur tadi. 
2. Lepas tu, masukkan sedikit susu cair kedalam bancuhan telur.
3. Teruskan memukul campuran telur. 
4. Basuh sayur campur dan masukkan sayur campur dalam telur tersebut. 
5. Panaskan sedikit minyak zaitun diatas api dan goreng... tada... siap. 

Drumstick yang sedikit hangit. ^__^
Cumanya, apa yang aku buat semalam adalah basuh sayur campur tu dulu dengan air dan panaskan dengan air panas sampai lembut, so nanti kalau goreng, takdak la yang tak masak sangat.

haha, see, mudah kan. Lagi best semalam sebab aku sorang saja yang guna dapur waktu tu, so dapat guna 4 dapur sekaligus dan kebetulan apartment ni ada periuk yang best-best, so dalam 45 min, siap semua termasuk nasik. Goreng ayam yang paling lama sebab aku suka rangup. :D

Itu sahaja dulu perkongsian kali ni. Boleh la cuba ya lepas ni. Kalau rajin lagi, buat la kuah sikit, kalau tak, kicap je...haha
Bye..