Bismillahirrahmanirrahim

Syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk melihat dunia ini lagi, masih memberi peluang untuk memohon ampun dan taubat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Masih memberi peluang untuk terus beramal dalam saki baki bulan Ramadhan ini.

Umur aku dah meningkat setahun lagi dan bermakna lebih dekat dengan kematian yang entah bila bakal menjengah. Meningkatnya umur perlu selaras dengan peningkatan amal kebajikan supaya masa yang dihabiskan di dunia ini nanti tidak menjadi fitnah di akhirat kelak. Harapnya aku mampu untuk berubah menjadi lebih baik. Macam selau orang cakap, there is always rooms for improvement, so…nak ke tidak sahaja lah kan?

Credit to positivepshychologynew.com
Kepada ahli keluarga, mama, baba, Sanak, Syuhaib dan Iman, terima kasih tak terhingga Along ucapkan. Maaf tak dapat beraya di Malaysia tahun ni. Setiap pejuangan itu memerlukan pengorbanan, anggaplah ni salah satu bentuk pengorbanan yang kita semua kena hadapi. InsyaAllah, ada rezeki, umur panjang, nanti kita beraya bersama-sama di tahun-tahun depan.

Kepada kawan-kawan yang turut tak ketingalan mengucapkan selamat, semoga doa ikhlas kalian dimakbulkan Allah di bulan mulia ini. (especially yang berdoa supaya cepat kawin tu!) Patutnya doa jumpa jodoh dulu, bukan kawin terus. ^__^
Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua.

Semalam, lepas asar, Imam dari Mesir yang datang ke Dublin bagi tazkirah tentang Hurul ‘Ain (wanita-wanita syurga). Dia cakap, the only mahar for them are iman yang sempurna, banyak berbuat kebaikan dan meninggalkan larangan Allah. Anyway, according to him base on one of the hadith if i am not mistaken, the women of the world who enter Jannah (heaven) is much better in the akhirat because they endured all the hardship in this world before they can get there.

Jadi, beruntunglah wahai wanita-wanita beriman sekalian kerana kalian itu lebih mulia di akhirat kelak berbanding Hurul ‘Ain.
Tetiba bagi tazkirah pasal ni pulak. haha. Berkongsi sedikit sebanyak sebab plan asalnya nak menulis petang semalam. ^__^

Alhamdulillah, hati ini lebih tenang sekarang ni. Mungkin tandanya it is time to stop doing thing that i hate the most and focus on apa yang sepatutnya diberikan perhatian terlebih dahulu. Rezeki itu dah tertulis, cuma kita sahaja tak tahu bila dan di mana. Aku sendiri pun naik pelik kenapa aku menjadi terlebih sabar padahal i hate  endless waiting so much. So kalau ada yang nak suruh aku tunggu apa-apa lepas ni, bagitau time frame. At least text me and cakap, "aku lambat 10 minit". Jangan cakap "aku lambat saja". Okayh???!




Okay. I am officially 23. Dah tua. Mari terus beramal dengan saki baki bulan Ramadhan ini. Some say that this is the mega offer of pahala, which i believe is true. So, kalau kita suka dengan offer, why not take this chance kan. ^___^






like this latest single by my all time favourite band. ^__^