Entry ni kesinambungan dari entry sebelum ini iaitu berkenaan kematian kucing yang bernama Shiro itu.

Memang benar orang kata, bila dah hilang sesuatu, baru la rasa nak hargai betul-betul.
Terutamanya bila sesuatu yang kita hilang tu sememangnya sukar diperolehi.
Kadang-kadang nikmat bila dianugerahkan sesuatu tu kita take for granted. tak menghargai dengan sebetulnya.

Alhamdulillah, disebabkan Shiro saya dapat belajar banyak benda. Sesungguhnya dari kematian itu, kita dapat mempelajari banyak benda. Walaupun Shiro seekor kucing. Untuk individu macam saya yang dah lama tak menghadapi kematian kaum kerabat terdekat, this event is a big blow to myself yang selalu leka ini.

Antaranya ialah:

1. Kasih sayang itu tidak hanya terbatas sesama manusia. Bahkan dalam sirah sendiri, kita dapat lihat bagaimana sahabat Rasulullah sendiri mendapat gelaran Abu Hurairah yang bermaksud bapa kucing. Dalam Islam sendiri, kita sangat dituntut untuk berlaku adil sesama hidupan (makhluk).

2. Kasih sayang sesama manusia itu jauh lebih hebat dan saya sendiri kurang pasti adakah saya mampu untuk bertahan jika kehilangan individu-individu yang saya kasihi terutamanya ahli keluarga. Lebih-lebih lagi dalam keadaan berjauhan macam ini.

3. Memelihara haiwan peliharaan itu adalah satu daripada cara untuk belajar bertanggungjawab. Mungkin boleh digunakan untuk mengajarkan anak-anak anda tentang soal tanggungjawab dengan praktikal sebegini. Bayangkan jika ada haiwan peliharaan tetapi tak dijaga sebaiknya, bukankah itu satu penganiayaan dan boleh mendatangkan dosa?

4. Sayangilah ahli keluarga dan kaum kerabat anda. Terutamanya kedua ibu bapa dan adik beradik anda sementara mereka masih hidup. Kalau ada antara mereka yang dah meninggal dunia, banyakkan berdoa untuk kesejahteraan mereka. Doa anak soleh adalah antara salah satu amalan yang tidak akan putus untuk kedua orang tua yang telah meninggal. So kena kawin la kalau nak ada anak soleh kn? (^__^)

5. Sentiasalah mengingati mati kerana kematian itu sangat hampir dengan kita. Kematian itu sesuatu yang pasti. Dengan mengingati mati, kita akan kurang melakukan perkara-perkara lagho dan lebih menghampiri Allah. InsyaAllah. Bahkan ada sebuah hadis menyebut (lebih kurang maksudnya) bahawa orang yang bijak adalah yang paling banyak mengingati mati.

Ok lah, setakat itu sahaja dulu. Masih terasa sedih dengan kematian Shiro.
Wassalam.


P/S: Malam ni malam ke 21 Ramadhan. Bagaimana dengan ibadah anda?