Ketukan

Diketuk kamar hati....
Dari jendela rasa
Ku intai wajah tamu
Kamu rupanya

Mengapa kamu datang?
Hadirmu tiada aku undang
Aku larikan renung
Dari wajah kamu yang mendung
Tidak aku tidak, mahu memandang

Tapi mengapa?
Mengapa di hati wajah terbayang?

Diketuk kamar hati...
Tidak aku tidak, buka pintunya lagi
Kerana bersama kamu, tiada hadir pasti
Bahawa seruang kecil hati ini
Bisa kamu miliki.

-kiambang-
06082008