Dari segi definisi, terdapat pelbagai jenis bias yang wujud. Tapi hari ini aku cuma nak sentuh congnitive bias iaitu bias yang wujud apabila membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepercayaan seseorang. 

Bias. Fitrah manusia disebabkan manusia ada hati dan perasaan serta kebolehan untuk mempercayai sesuatu (diperbodohkan).
Dalam kehidupan seharian,kita tak mungkin lari dari berlaku bias. Aku sendiri pun kadangkala bias. Aku akui.  Aku memilih makanan yang aku suka untuk makan saja kadang-kadang. Aku main game yang aku rasa seronok saja selalunya, aku baca buku yang aku rasa mudah dan tak terlalu detail saja kebiasaanya, aku suka orang tertentu yang aku senang dengannya saja dan lain-lain lagi. Banyak kan bias aku nih? Adakah berlaku bias ni salah? Ya dan tidak.
Pengadil perlawanan akhir Inter Milan dan Bayern Muchen juga katanya bias sebab dia penyokong Manchester, jadi dia memang nak Bayern kalah, tapi itu takdaklah teruk. Dia pun manusia, tapi salah la kalau dia memang buat macam tu. Ada orang kata, Frank Ribbery kena ban dari champion league sebab dia muslim, tapi keputusan yang dibuat tu atas mensyuarat berkumpulan, jadi kebarangkalian bias berlaku kurang, dan kalau betul berlaku pun, taklah sampai merosakkan akhidah sesiapa pun. Tapi macam mana dengan bias judi bola sepak di Malaysia sekarang ni? Ada ka bias judi bola sepak?

Kalau kerajaan dah buat keputusan yang terang-terang salah dengan hukum agama, apakah anda masih mahu bias kerana anda penyokong tegar kerajaan?! Langkah salah kita tegur, taknak dengar, lantak la. Nak terus sokong kerajaan sekarang pun lantaklah. Silakan. Cuma kalau sesuatu itu bertentangan dengan Islam (sebab Malaysia negara ISLAM), kena betulkanlah. Jangan BODOH SOMBONG! Betulkan apa yang salah, pastu nak sokong, silakan.

"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam (tenung nasib) adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" 
(al-Maidah: 90-91)

Mestinya sesiapa sahaja nak menunjukkan diri dia baik. Jadi benda yang bertentangan dengan dia, disembunyikan. Bila ada sesuatu yang memberi benefit, ada untungnya, dilayannya seseorang itu bagai nak rak. Bila sesuatu tu tak bagi benefit, dijauhkan sejauh seboleh-bolehnya kerana mungkin kerana nanti dirinya nampak buruk bila didedahkan kepada umum. UTUSAN dan BERITA HAIRAN banyak applikasikan perkara ini dalam hal judi bola dan lain-lain sebab mereka kaki bodek! Normal. 


Jadi sebab aku taknak bersekongkol dengan kaki bodek, mari sini kita tengok satu video. Boleh la anda lihat betapa biasnya sesuatu makhluk/perkara/berita itu boleh jadi. Video ni pun takdak kat RTM. Itu pun bias jugak pada aku. Apatah lagi TV3. Anda mesti ada akal, jadi baca dan nilai. Jangan jadi lemu yang dicocok hidung, orang tarik sana, dia p sana, orang tarik sini dia ikut saja. Orang tibai dengan kayu dia lari, orang bagi rumput dia mari. Nikmat Allah bagi tu gunakanlah dengan sebaiknya.

Sekian.


Maaf atas kekasaran bahasa yang memang diadakan dengan tujuan menyindir!