Alhamdulillah, selesai urusan di Waterford buat masa ni. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar lebih banyak berkenaan radiologi di sana. Peluang untuk belajar lebih mendalam di bidang radiologi ini aku kira sebagai satu peluang untuk memberikan 'new insight' dalam bidang perubatan ini. Seminggu di sana lebih banyak mendapat tutorial dari 2 minggu di Dublin. :)
Pengalaman seminggu di Waterford aku kira cukup bermakna. Ini termasuk dari segi pelajaran dan sosial. 5 hari 4 malam di Waterford meninggalkan banyak kenangan. Barangkali sukar untuk diperolehi lagi memandangkan radiologi bukanlah salah satu rotation khusus dalam bidang perubatan ini. Ia hanya diajar sebagai salah satu investigation tools ketika rotation lain berlangsung (orthopedic, peadiatric etc). Untuk rekod, kali ini aku mencatatkan rekod tinggal bersama non-malaysia paling lama dalam sejarah. Kali terakhir adalah semasa pergi ke Sailing Trip dua tahun lalu. Malangnya kali ini, tiada sesi fotografi kerana masih belum ada kamera lagi buat masa sekarang. ^__^ Handphone pulak terlalu maju untuk ambil gambar.
Hari pertama di Waterford dihabiskan dengan membeli belah di Tesco dan mengulangkaji anatomi sedikit sebanyak. Kami sampai di sana lebih kurang jam 7. Tempat pertama yang ditujui adalah pasaraya untuk mendapatkan bekalan makanan. Aku dan Perry bercadang untuk memasak setiap hari di sana. Kata perry, kami patut gunakan minggu ini untuk luxury foods. Aku pun sebenarnya dah lama tak memasak makanan laut untuk diri sendiri. Ayam saja setiap hari. Jadi di Tesco aku hanya membeli udang dan crab stick. Alhamdulillah, tiba-tiba terserempak dengan paste TOM YAM...apa lagi, laju sahaja lepas tu aku beli bahan-bahan lain untuk memasak tomyam. Awalnya tak bercadang pun. Jadi peringatan untuk rakan-rakan yang bakal ke sana nanti, bersedialah dengan barang masakan kerana di sana ada segala kemudahan yang anda boleh gunakan untuk memasak. Jimat jugak wang kerana makanan di kantin hospital agak mahal melainkan jika anda mendapatkan swipe card dari sekuriti. Khabarnya 40% murah. Selain Tesco, LIDL juga sangat berdekatan dengan Waterford Regional Hospital ini yang terletak betul-betul berhadapan dengan tempat tinggal kami.
Keesokan harinya kami ke hospital seawal jam 8. Mengikut jadual, pagi itu kami sepatutnya bertemu Dr. Ian Kelly, Consultant Radiologist di sana. Tunggu punya tunggu, akhirnya baru dapat tahu yang dia tidak ada di sana pada hari tersebut. Mujurlah tidak terlalu lama menunggu. Kami kemudiannya ditemukan dengan Dr. Mirza. Rasanya dia berasal dari kawasan Asia Selatan. Dia bertugas sebagai registrar di sana bersama dengan Dr. Hani Al- Fadhel dan Dr. Mañana (baca Maniana). Kami kemudiaannya diajar diletakkan di bawah jagaan Dr. Mañana sepanjang hari itu. Dia sangat baik! Motherly personality aku kira bertepatan dengan umurnya. Dia yang berasal dari South Africa itu cukup bangga sekali dengan negaranya. Pengalaman belajar X-ray bersama Dr. Mañana cukup menarik. Antara yang aku pasti cuba untuk tidak lupakan adalah Salter Harris Fracture. :) Aku percaya Perry mungkin akan membeli buku tebal berkenaan x-ray tersebut.
Hari-hari seterusnya juga kami banyak berada di bilik registrar tersebut. Belajar berkenaan x-ray, CT scan dan MRI. Ada juga peluang yang aku gunakan untuk ke intervention radiology room. Dr. Kelly dan Dr. Hani banyak melakukan prosedur di dalam intervention room. Selain di bilik tersebut, kami juga dibawa ke basement untuk melihat bilik MRI dan CT scan. Dr. Michael Farrell yang merupakan Associate Professor di Mayo Clinic US menjadi guru kami di sana. Antara yang baru bagi aku adalah melihat sendiri bagaimana CT guided lung biopsy dilakukan. Bunyinya mudah, tapi rupanya si doktor terpaksa mendedahkan diri kepada radiasi lebih dari tahap kebiasaanya kerana dia terpaksa berada betul-betul bersebelahan mesit CT scan itu. Selain melihat bagaimana biopsi dilakukan, kami banyak diajar cara untuk membaca laporan CT scan dan juga MRI. Pada petang itu juga, pertama kali aku menulis dalam patient chart (carta pesakit). Official chart! Terasa lain. ^O^
Apapun, pengalaman di Waterford memberikan impak kepada bidang yang boleh dijadikan pilihan apabila mahu melanjutkan pelajaran nanti. Radiology is surely one of the choice. Tak banyak sibuk dan masih boleh melakukan ‘small surgery’. J Tak sabar untuk ke sana semula dalam 3 ke 4 minggu lagi. Semoga pengalaman selepas ini juga bermakna macam minggu sudah.
Moh sambung membelek journal. Wassalam.
Waterford