Bersawang
4/06/2010 12:09:00 PM
By: Muaz Nabil
Assalamu'alaikum wbt,
Wah, dah lama sungguh blog ni terbiar. Sedih. Kesibukan dengan tanggungjawab lain menyebabkan prioriti untuk menjaga blog ini agak terabai. Banyak perkara berlaku kebelakangan ini. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara seperti mesyuarat persatuan, rotation di hospital, buku dan lain-lain. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan yang masih mengunjingi blog ini walaupun sangat sunyi sepi. Dah macam dalam haunted mansion pulak jadinya O.o
Study
Selain peperiksaan, kini saya semakin terasa kesibukan mengendalikan persatuan. Saya tidak mahu bercerita panjang. Cuma yang saya rasa, jika semua pihak memberi kerjasama, pastinya segala kerja akan lebih mudah. Walau bagaimanapun, sokongan rakan-rakan ahli tanzim (exco) yang tidak berbelah bahagi terus saya gunakan sebagai satu motivasi untuk bekerja dalam persatuan walaupun pengalaman saya dalam berpesatuan ini sangatlah cetek. Bagaikan kanak-kanak kecil yang baru cuba merangkak. Musim panas juga mungkin penuh dengan aktiviti, buat adik-adik semua, jangan lepaskan peluang menarik musim panas ini. Kita tunggu aktiviti yang bakal diumumkan nanti!
Musim bunga
Kosong
Hati itu berfitrah mencintai dan dicintai. Selepas lama berfikir, saya rasa semuanya makin jelas. Jika dahulu hanya sekadar untuk memenuhi ruangan kosong itu, kini saya makin jelas. Ada tujuan yang lebih besar di sebalik itu. Ianya merupakan sesuatu yang bakal menentukan kelangsungan jalan hidup yang dipilih. Jika sesuatu chemical reaction itu perlukan pemangkin, tidak salah jika manusia juga menuruti fitrah yang sama. Anda boleh analogikan pemangkin itu sebagai seorang motivator dalam kehidupan manusia. Jika kehidupan itu dianalogikan sebagai tindak balas kimia, motivator itu fungsinya untuk memastikan kehidupan itu sentiasa penuh dengan semangat untuk berjuang. Siapalah yang lebih baik untuk menjadi seorang motivator melainkan seorang teman di sisi untuk sentiasa memperingati. Tanpa si motivator, kehidupan itu akan terus jua berjalan menurut kadar yang ditentukanNYA. Namun mampukah diri yang lemah ini terus berjuang untuk 30, 40 tahun akan datang sehingga nyawa ini tamat tarikh pinjamannya.Akhir kata, saya harap kalian semua sentiasa mendoakan agar segala urusan dimudahkan untuk saya dan rakan-rakan.
Ma'assalamah.
Bersawang
This entry was posted under
catitan harian,
Current Issues,
friendship,
General,
h,
Sahabat,
Semasa,
soal hati
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apr 6, 2010, 12:24:00 PM
salam muaz,
sempat sangat!
26.6.10
datang eh
tau
tau
=)
Apr 6, 2010, 3:25:00 PM
22 jun balik
..
xbeli tiket lagi ni
Apr 6, 2010, 3:27:00 PM
cikgu nadia: InsyaAllah, kalau xdak halangan nnt saya p.
Joe: beli jgn x beli. go4less.ie mcm murah. :)