Pejuang
4/06/2010 10:57:00 PM
By: Muaz Nabil
"Assalamualaikum" Seorang pakcik berbangsa arab menegur aku ketika aku sedang leka berkelamun menunggu solat isyak sebentar tadi
"Makan-makan?" sambungnya. Aku hanya tersenyum. "Malay?" dia menambah lagi soalan.
"Makan-makan?" sambungnya. Aku hanya tersenyum. "Malay?" dia menambah lagi soalan.
"Yes", aku menjawab. "Ibrahim Libya" ujarnya lagi. Terpegun seketika aku sambil mengukir senyuman. Tak sangka ada yang kenal akan nama ini.
"mana dia kenal nama ni?" aku menyoal diri sendiri. Pakcik itu kemudiannya bersembang bersama dengan seorang kenalannya yang lain. Seminit dua kemudian, aku menuju ke dalam saf kerana aku rasakan solat bakal dimulakan. Hati ini tidak tenang akibat nama yang disebut tadi. Jarang sekali nama itu disebut.
Ketika dalam saf solat dan masih menunggu laungan iqamat, sahabat aku Azizi datang menyapa dari belakang dengan tidak semena-mena. Dia menyapa aku dan kami berbual seketika sebelum pakcik arab tadi menoleh ke belakang.
"Makan-makan, Ibrahim Libya. Fi kullizaman..."ujarnya ringkas. Sungguh aku terkesima kali ini. Di mana dia kenal sebetulnya individu besar ini.
Seruan iqamat kemudiannya bekumandang dan kami masing-masing mengambil tempat dalam saf kedua. Aku dan azizi terkekiri sedikit. Jauh dari pakcik tadi.
Usai solat, perasaan ingin tahu makin kuat dalam diri aku. Lantas aku mencari-cari di mana pakcik tadi.
Aku keluar dari saf dan ke belakang untuk meninjau-ninjau pakcik arab tadi. Dia sedang solat sunat di belakang rupanya. Lantas aku mengambil tempat tidak jauh dari pakcik tersebut dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Selesai solat, aku lihat pakcik tadi meneruskan solat sunat lagi. Aku mengambil tempat di belakang pakcik tadi sambil bersandar di dinding. Tujuanku satu iaitu untuk bertanyakan perihal nama yang disebutnya tadi.
Setelah selesai solat, pakcik tadi menoleh ke belakang sambil bangun dari solat. Tanpa membuang masa, aku terus menerpa kearahnya untuk bertanyakan lebih lanjut.
"Excuse me, you mention twice about Ibrahim Libya just now. Who is he?" Sengaja aku ujarkan soalan seolah-olah tidak mengetahui apa-apa berkenaan As-syahid Sheikh Ibrahim Libya.
"you dont know him?" Soal pakcik tadi semula kepada aku.
"Yes, i do know a little bit about him" Balas aku ringkas.
Lalu dengan panjang lebar pakcik itu menerangkan kepada aku berkenaan as-syahid. Menurut pakcik itu, ibrahim libya adalah pejuang islam yang menentang kerajaan, lalu dia dibunuh oleh pihak polis. Malah sempat lagi dikhabarkan kepada aku yang ianya berlaku pada tahun 1983. (salah fakta di pihak pakcik itu :)) Sungguh bersemangat sekali pakcik tersebut menerangkan kepada aku. Muaz Zubir juga aku lihat berhenti seketika untuk mencuri dengan perbualan aku dengan pakcik itu.
Selesai pakcik tadi memberi penjelasan, lantas aku bertanya, "How do you know about him?"
lalu dijawabnya " I am from Libya, and my name is also Ibrahim Libya, but i am not yet a syahid. Pray for me insyaAllah".
Kemudian dia bertanya, "do you know why he is called Ibrahim Libya?". Aku hanya menggeleng kekiri dan kekanan.
Pakcik itu kemudiannya memberitahu aku bahawa as-syahid belajar di Libya dan sebab itu digelar Ibrahim Libya.
Terharu sungguh aku rasa waktu tu.
Sebelum bersurai pakcik tu tanya lagi, "which part of Malaysia do u come from?". Dengan rasa sedikit bangga aku menjawab, " i'm from the same state where as-syahid came from". lantas dia menyebut, subhanallah sebelum menyambung soalan berkenaan nama aku.
Apabila selesai memberitahu nama aku, pakcik itu dengan tidak semena-mena memghantukkan kepalanya di kepala aku sambil berkata kepada aku, "make dua for me so that i can be like him (as-syahid)".
Lantas pakcik itu memeluk erat aku. Terasa lain sungguh waktu itu.
Sebelum bergerak melangkah keluar dari ruang utama solat, aku bersalam dengan pakcik tadi sekali lagi sambil dia terus mengingatkan aku untuk mendoakannya agar menjadi seorang syahid. Tumpuan pakcik tadi juga aku lihat berubah kepada telefon bimbit jenama nokianya yang aku lihat telah dikeluarkan dari poket seluar pakcik itu ketika sedang dia menerangkan kepada aku berkenaa As-syahid Ustaz Ibrahim Libya.
lalu aku melangkah meninggalkan masjid dengan rasa penuh syukur dan bersemangat. Sesungguhnya pejuang Allah itu akan sentiasa diingati walau ada yang cuba memburukkan dan menabur fitnah. Jalan perjuangan yang dipilih tidak akan pernah mudah, namun itulah hakikat perjuangan.
Pejuang
This entry was posted under
Semasa,
Tazkirah
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)