Matematik darjah satu
6/27/2011 07:19:00 PM
By: Muaz Nabil
Banding harga gula. Malaysia dan Ireland.
Selepas ditukar kepada ringgit
Msia: ~250 sen/kg
Ireland: ~500 sen/kg
Pendapatan bersih doktor (sambil membayangkan kesusahan pakcik penoreh getah/penyapu sampah beranak 5 di Malaysia) Sapu sampah di sini pun boleh dapat paling2 dalam 700/800 euro sebulan.
Msia: ~4000 sebulan
Ireland: ~8000 sebulan (2000 euro)
Dengan mengurangkan subsudi gula (peningkatan harga 20 sen) kerajaan dapat berjimat sebanyak 117 juta setahun.
Dengan melaksanakan projek email untuk semua rakyat diatas umur tah berapa tahun, kerajaan dah membazir 50 juta. Dengan lawatan 60 orang wakil untuk persidangan wanita tah apabenda kat mana tah, pembinaan bangunan 100 tingkat dan lain-lain sila kira pembaziran yang berlaku.
lama dah menulis yg ni tapi tersangkut dekat draft. lupa dah apa nak dimasukkan lagi.
Perhimpunan BERSIH 2.0 tak lama lagi. Jom pakat ramai-ramai turun KL sertai perhimpunan tu.
Kalau sebelum merdeka, orang ramai berkumpul jugak dan berarak untuk menentang kezaliman, tapi sekarang rupanya tak boleh pulak. Tambah menyedihkan, ramai pulak yang buta perut hanya memikirkan periuk nasik masing-masing. Tak pandang masa hadapan dah, dia kira kalau ada perhimpunan tu, kedai tutup, tak dapat buat duit, rugi. Ish ish...sedih dengan orang macam ni.
Credit |
Kalau rasa aku tipu, baca balik buku teks sejarah sekolah menengah! Pastu, boleh jugak kot baca satu buku ni yang macam menarik, The Other Malaysia.
Aku harap sangat dapat join BERSIH, namun apakan daya, daku masih berada di bumi asing ini. Semoga Allah memenangkan pihak yang benar!
Matematik darjah satu