Nampak gaya ada lagi perkara kurang baik berulang. Tak istiqamah. Tahun lepas masa cuti summer, sikit sangat entry di blog ini. Semuanya gara-gara 'sibuk' dengan urusan lain. Namun alhamdulillah, urusan-urusan lain itu lebih membawa banyak manfaat pada tahun ini. BUKAN sekadar games!
Maafkan saya bagi yang sentiasa membaca blog ini kerana kurang memberi tumpuan pada medium yang satu ini.

Tahun lepas juga cuti yang panjang terpaksa dihentikan awal. Tahun ini juga sama. Akan pulang ke Dublin awal lagi. Dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk. Ini hanyalah salah satu darinya. Mana mungkin sekadar dijaja bahawa diri ini beriman tapi tiada langsung dugaan menguji. Sedangkang Al-Quran ada menyebut.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Al-Ankabut:2

Namun ada juga yang berbeza.

Tahun lepas barangkali kurang membaca, kali ini sudah lebih 3 buku dihabiskan. Novel pun termasuklah sebagai buku kan? ^__^ Syukur pada Allah. Di bilik sana (Dublin) juga ada beberapa buah buku (selain pelajaran) yang menanti untuk dibaca. Mudah-mudahan diberi kesempatan.

"Denyut Kasih Medic", "Isabella" dan "Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul". InsyaAllah a few more will follow, bi-iznillah.

Manusia berubah. Pengalaman pun bertambah. Kalau dulu ada yang mengejar, sekarang ada yang dikejar. Kalau dulu mungkin ada yang kurang menghargai, dihargai. Sekarang barangkali akan lebih mengerti dan bersabar. Biar siapapun ia, hal itu hanya wasilah dan bukan matlamat.

Sekadar itu sahaja dahulu, nanti kita sambung lagi. Wassalam.

p/s: Filem 'The Predator' tak best! Huhu