decision time
10/29/2011 05:40:00 PM
By: Muaz Nabil
1. I am glad that I met more people this year including some of my malaysian friends whom i was never close to them before. At least i know that a few of them are sort of from Kedah. :)
2. One of them once questioned me about hating the rain. She said "macam mana ni, tak lama lagi nak jadi suami orang dah. Hujan sikit pun takut!" I replied just by smiling. She definitely have no clue about me if she really mean it.
Study
3. The progress is superbly slow now.
Pen-off
decision time
Loneliness
1/10/2011 08:31:00 PM
By: Muaz Nabil
Loneliness
Kesimpulan
12/07/2010 12:34:00 AM
By: Muaz Nabil
| Gulp |
P/s: Tahniah to Ibtisam Ismail dan Ariff Ahmad yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung Disember ni. Dua-dua orang ni kawan lama aku masa sekolah rendah. Satu kelas. Dulu depa kena kacau-kacau saja, tapi last-last, kawin sungguh rupanya. Jumpa balik bila tah ha hampa dua ni? Lepas SPM kot. ya ka weh? Jodoh pertemuan di tangan Allah...another love story insyaAllah turning to reality.
Kesimpulan
Almost crossed
11/22/2010 07:42:00 PM
By: Muaz Nabil
Almost crossed
halfway
11/03/2010 11:08:00 PM
By: Muaz Nabil
halfway
The anniversary
10/03/2010 11:16:00 PM
By: Muaz Nabil
| 218 in 2007. The first Hari raya away from home. :,( |
| first morning in Dublin. 1st october was much colder at that time. |
The future must have holds a lot more interesting experience. Unknown paths waiting to unfold 1001 stories. A lot have changed and i am quite sure that much more will follow later on. All these experiences will always be remembered. Part of the stories of my life. My journey. The amaranthine.
| Grand Canal, South Dublin |
Wassalam.
The anniversary
Kucing
8/29/2010 06:57:00 PM
By: Muaz Nabil
| Evening nap. Hari terakhir sebelum pulang ke Dublin |
| Jangan ganggu saya tido! |
Kucing
Change
8/14/2010 09:13:00 AM
By: Muaz Nabil
Good morning and happy Ramadhan for all,
| Ubuntu |
Change
Hemoi
5/15/2010 04:02:00 AM
By: Muaz Nabil
Tak percaya ka dalam ibadah pun kena jadi hemoi? Cuba bayangkan kalau diri anda seorang yang baloq (pemalas) untuk beribadah, tak ka rugi tu? So kena la jadi proaktif dalam beribadah. Rajin-rajinkan diri pi masjid ka (cakap untuk diri sendiri), rajin sedekah ka...rajin posa ka...baca dan faham maksud ayat-ayat Quran ka...banyak la pendek katanya. Kalau jenis duk rasa diri hebat, tak pernah hemoi dengan Allah swt, tu yang duk jadi sombong tak ingat dunia tu. Jadi insensitive dengan dosa dan sebagainya. Kenapa dengan Allah pun kena hemoi? Allah kan Maha Pencipta, kita ni hamba saja! Hamba woi, hamba! Ingat tu!. So dah hamba, buat la cara hamba, kena la sentiasa meminta-minta. Ada pahem? Cukup-cukup la sombong dengan manusia, tak jadi hemoi dengan manusia tak rugi sangat. Tapi kalau tak hemoi dengan Allah, hm...taktau la. Syurga tu milik Allah. Boleh ka nak buat hemoi mintak masuk kalau dah mati nanti padahal kat dunia dulu hidup tak pernah ikut syariat? Lu pikiaq la sendiri. Ok?
Hemoi
Mother's day
5/08/2010 09:13:00 PM
By: Muaz Nabil
Mother's day
Bidadari Syurga
4/25/2010 03:55:00 PM
By: Muaz Nabil
Ada sebuah buku. Baru saja aku habis membacanya. Judulnya sama dengan judul entri ini. Ceritanya bekisar di sekeliling golongan sahabat (muslimat) yang menyumbang kepada Islam di zaman Rasulullah. Mereka adalah serikandi-serikandi Islam yang telah banyak berjasa dalam menyumbang kepada agama ini. Anak yang lahir diasuh sebaik mungkin agar dapat mengenal Islam dan berjuang menegakkan kalimah Allah. Ada antaranya terpaksa berdepan dengan siksaan semata-mata untuk mempertahankan syahadah mereka. Sungguh besar jasa yang disumbangkan golongan sahabat-sahabat Rasulullah ini.
Walaupun banyak berkaitan sejarah, cara penyampaiannya sesuai untuk kanak-kanak yang baru mau kenal dengan Islam. Teringat zaman aku kecil-kecil dulu. Ada juga buku yang lebih kurang sifatnya. Tak salah aku berkenaan Saidina Hamzah dan Khalid Al-Walid. Dari situ aku kenal sedikit sebanyak berkenaan sirah. Siapa itu sahabat Rasulullah yang digelar singa Allah dan siapa itu pedang Allah. Ada juga buku lain seperti siri penyiasat berlima yang menjadi kegemaran aku pada waktu itu.
Sungguh, dengan membaca dapat menambah banyak ilmu pengetahuan. Zaman sebelum aku berkenalan rapat dengan internet, banyak buku yang aku sempat baca. Namun semuanya sudah tidak lagi sebegitu di kala ini. Apa mungkin terlalu banyak masa yang aku habiskan di sini? Aku jugak kadangkala bingung. Mencari titik tolak di mana mulanya aku kurang membaca buku-buku selain buku pelajaran.
Ada beberapa lagi buku dalam simpanan aku yang aku sedang cuba habiskan sedaya mungkin. Kebelakangan ini, satu buku dalam 3 bulan pun agak sukar aku habiskan. Summer ini menjadi target untuk aku habiskan kesemuanya. Mampukah aku? mungkin apabila internet tidak lagi menjadi rakan karib aku terutamanya di malaysia, aku mampu melakukannya?
Ya Allah, aku berdoa kepada Mu, engkau berikanlah aku kesempatan untuk menambah ilmu selain yang bersangkutan dengan ilmu perubatan ini. Berikan aku ruang untuk membaca sebanyak mungkin agar aku dapat menambah ilmu pengetahuan dalam diriku. Engkau jadikanlah aku hambamu yang patuh, taat serta tidak lalai dan leka dengan perkara yang sia-sia. Engkau berkatilah masaku dan hidupku. Sesungguhnya kepada engkaulah aku berserah dan memohon perlindungan.
P/s: Selamat Hari Lahir ke-23 buat sahabatku, Ahmad Faris Ismail. semoga Allah panjangkan usiamu dalam keimanan dan ketaqwaan kepadanya. Semoga segala urusan dunia dan akhiratmu diberkati dan diredhai serta dimudahkan Allah swt. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke akhir hayat.
Bidadari Syurga
Before you say I DO
12/05/2009 03:47:00 PM
By: Muaz Nabil
P/s: the actual talk about the topic only start on 2nd lecture (mp3 file). In the first file, Sheikh Yaser gave introduction about the topic and the backgroud of Ibnu Hazm. Do listen if you have time.
Before you say I DO
Bank Holiday
10/26/2009 03:08:00 PM
By: Muaz Nabil
Semalam,
Bank Holiday
dead end
10/18/2009 11:28:00 PM
By: Muaz Nabil
To whom it may concern,
Dear friend,
Best Wishes,
Muaz Adam Mohd Nabil.
dead end
الحمد لله
9/07/2009 10:45:00 PM
By: Muaz Nabil
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar. Sekarang ni baru beberapa jam umur aku mencecah 22 tahun. Rasa syukur aku panjatkan setinggi-tingginya kepada Allah SWT yang memanjangkan usia untuk mencecah jarak perjalanan kehidupan sejauh ini dan menikmati nikmat kurniaan-NYA. Semoga aku sentiasa bersyukur dengan segala pemberian-NYA dan menjadi hamba yang taat dan patuh dengan suruhan Allah.
Sejarah hidup
Aku sebagai cucu lelaki sulung (cucu kedua) memang mendapat tempat dalam keluarga.^_^ Aku ingat lagi, sebelum arwah wan Din (datuk) meninggal, aku dihantar hampir setiap hari oleh wan ke PASTI yang hanya lebih kurang 400 meter dari rumah. Kadangkala aku pergi sendiri kalau Kak Aina ada sekali (kat mana eh sekarang ni kak aina?). Cikgu-cikgu di PASTI memang semua kenal aku sebab arwah wan dan tok kedua-duanya agak terkenal dipondok tempat aku membesar. Masa umur 6 tahun, wan Din (Hj Fadzil Hj Shafie) meninggal. Tarikh pun aku masih ingat walaupun orang cakap tak elok ingat tarikh orang mati sebab katanya nanti lemah ingatan. (tak dapat dipastikan kebenarannya)
1994 aku dimasukkan ke darjah satu di Sekolah Kebangsaan Langgar. Di sini aku mula kenal dengan kawan rapat aku sampailah sekarang iaitu En. Ahmad Faris Ismail (aka PEH).Kedua-dua kami diletakkan di kelas 1 Melati. Waktu darjah 3 aku dan Faris dilantik jadi pengawas tapi Faris tolak. Dia takmau jadi pengawas. Masa tu jadi pengawas kantin saja sebab tolong jaga kantin masa budak-budak darjah 1 sampai 3 rehat. Bila dah naik darjah 4, aku dan beberapa kawan lain lagi dapat masuk kelas Mawar hinggalah darjah 6. Semasa di tahun 6, aku dilantik jadi ketua pengawas dengan Cik Ibtisam sebagai penolong. Masa tu taktau pun nak buat apa. Cikgu lantik jadi ketua, aku pun terima. Lucu kalau diingatkan kembali. Sepanjang tempoh aku jadi pengawas, cuma sekali saja aku pernah berada di pentas utama.Itupun sekadar membaca doa. Selalunya aku hanya menaikkan bendera. Mudah :)
Sejak masuk sini aku kenal dengan dunia baru tanpa keluarga. Kebanyakan aktiviti semuanya dengan kawan-kawan. Hujung minggu saja selalunya mama dan baba datang melawat. Aku jarang outing masa di tingkatan satu tapi bila sampai di tingkatan 3, aku bukan sahaja selalu outing tapi siap buat extra outing lagi malam-malam. :P Masa tu ketagihan main counter strike dan nasik lemak 5 kupang (50 sen). Akhirnya kena sebat apabila kantoi dalam beberapa minggu sebelum PMR. (adik-adik yang baca blog ni jangan ikut ye perangai busuk ni!) Alhamdulillah la PMR semua lulus cemerlang. All A. ^__^
Tahun 2003 pertama kali aku betul-betul berjauhan dengan keluarga. Tapi kali ini hanya di Perlis. Sejam lebih perjalanan dari rumah di Langgar. MRSM Beseri banyak mendidik aku menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab. Aku dilantik jadi LDP (pengawas) lepas tewas pilihanraya (kempen bosan sangat, mananya nak menang kan!). Sewaktu di MRSM aku ditakdirkan oleh Allah untuk berjumpa kawan-kawan yang tak ubah dengan kawan-kawan lama aku di SMKAK. Kelas kami adalah antara yang paling senyap dan tak proaktif. Semuanya konon-konon segan-segan (malu) dengan perempuan. Tak ubah macam kelas di sekolah agama. Sampailah hampir-hampir SPM, baru la semua macam lebih "terbuka". SPM alhamdulillah, batch 19 MRSM Beseri telah berjaya mendapatkan tempat pertama di Malaysia. Kenangan di Beseri lebih kepada pencapaian dalam pelajaran aku kira. Sungguh aku rindui saat mendapat semula kertas-kertas peperiksaan yang tak terlalu banyak bertanda dengan pen merah dan markah tinggi-tinggi. ^___^. Namun sebagai manusia aku sedar yang ada kalanya kita di bawah dan ada masanya kita di atas. Sekarang mungkin waktu-waktu aku berada di kawasan bawah dalam roda kehidupan setelah puas mengecapi saat-saat berada di atas. Tapi itu tak bermaksud saat berada di atas itu akan hilang selama-lamanya kn? :)
30 September 2007, tarikh keramat aku menjejakkan kaki di bumi asing ini untuk terus menyambung sebuah episod perjuangan yang belum selesai. Hinggalah saat ini, masih jauh perjalanan yang perlu aku lalui sebelum aku kira aku boleh selesa dengan pencapaian aku. Semoga diri ini terus kekal tabah dan bersemangat.
Itulah sedikit sebanyak tentang sejarah hidup aku. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 22 tahun ini. Setiap satunya ada singnifikasi tersendiri. Mengajar dan mendidik aku menjadiseorang manusia dan mudah-mudahan mendekatkan aku dengan-NYA. Makin banyak berjalan (makin lama hidup) makin banyak perkara kita belajar. Semoga semua yang berlaku dalam diari hidup aku, dapat aku ambil sebagai pengajaran dan dijadikan iktibar. Semoga korang semua pun dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran insyaAllah.
Ucapan Hari Lahir
Ekstra
Pengajaran besar aku dapat lepas gagal dalam satu subjek tempoh hari. Semoga lepas ni aku lebih gigih dan tak lagi main-main. (aku sedang cuba sedaya upaya untuk tak main DOTA lagi dan kalau boleh nak kurangkan masa di depan komputer ni) Tekanan sungguh besar bila masa depan menjadi pertaruhan. Semoga hal macam ni tak lagi berulang di masa hadapan.
Ikhlas,
الحمد لله
