Decoder


You couldn't even show yourself out,
You were so held up by your thoughts.
Along the way we got divided,
And I'm not showing you the door,

Couldn't look me in the eyes,
So I'll dim the lights.
When you take me,
Out on your side.
We're standing out of sight,
Believe me, I'm on your side.

It took so long for me to speak up,
It was the hardest thing to say.
Taken right up to the entrance,
At the last minute turned away.

Just can't look you in the eyes,
So let's dim the lights.
Get a case out,
Bag up your pride.
It's over, we're out of time,
Delete me, I'm on your side.

For everything that could have been,
But at least we took the ride.
There's no relief in bitterness,
Might as well let it die.

Pendulum- Encoder (immersion)

Letih jadi decoder -.-


Share/Save/Bookmark

Bias membuta tuli

Dari segi definisi, terdapat pelbagai jenis bias yang wujud. Tapi hari ini aku cuma nak sentuh congnitive bias iaitu bias yang wujud apabila membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepercayaan seseorang. 

Bias. Fitrah manusia disebabkan manusia ada hati dan perasaan serta kebolehan untuk mempercayai sesuatu (diperbodohkan).
Dalam kehidupan seharian,kita tak mungkin lari dari berlaku bias. Aku sendiri pun kadangkala bias. Aku akui.  Aku memilih makanan yang aku suka untuk makan saja kadang-kadang. Aku main game yang aku rasa seronok saja selalunya, aku baca buku yang aku rasa mudah dan tak terlalu detail saja kebiasaanya, aku suka orang tertentu yang aku senang dengannya saja dan lain-lain lagi. Banyak kan bias aku nih? Adakah berlaku bias ni salah? Ya dan tidak.
Pengadil perlawanan akhir Inter Milan dan Bayern Muchen juga katanya bias sebab dia penyokong Manchester, jadi dia memang nak Bayern kalah, tapi itu takdaklah teruk. Dia pun manusia, tapi salah la kalau dia memang buat macam tu. Ada orang kata, Frank Ribbery kena ban dari champion league sebab dia muslim, tapi keputusan yang dibuat tu atas mensyuarat berkumpulan, jadi kebarangkalian bias berlaku kurang, dan kalau betul berlaku pun, taklah sampai merosakkan akhidah sesiapa pun. Tapi macam mana dengan bias judi bola sepak di Malaysia sekarang ni? Ada ka bias judi bola sepak?

Kalau kerajaan dah buat keputusan yang terang-terang salah dengan hukum agama, apakah anda masih mahu bias kerana anda penyokong tegar kerajaan?! Langkah salah kita tegur, taknak dengar, lantak la. Nak terus sokong kerajaan sekarang pun lantaklah. Silakan. Cuma kalau sesuatu itu bertentangan dengan Islam (sebab Malaysia negara ISLAM), kena betulkanlah. Jangan BODOH SOMBONG! Betulkan apa yang salah, pastu nak sokong, silakan.

"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam (tenung nasib) adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" 
(al-Maidah: 90-91)

Mestinya sesiapa sahaja nak menunjukkan diri dia baik. Jadi benda yang bertentangan dengan dia, disembunyikan. Bila ada sesuatu yang memberi benefit, ada untungnya, dilayannya seseorang itu bagai nak rak. Bila sesuatu tu tak bagi benefit, dijauhkan sejauh seboleh-bolehnya kerana mungkin kerana nanti dirinya nampak buruk bila didedahkan kepada umum. UTUSAN dan BERITA HAIRAN banyak applikasikan perkara ini dalam hal judi bola dan lain-lain sebab mereka kaki bodek! Normal. 


Jadi sebab aku taknak bersekongkol dengan kaki bodek, mari sini kita tengok satu video. Boleh la anda lihat betapa biasnya sesuatu makhluk/perkara/berita itu boleh jadi. Video ni pun takdak kat RTM. Itu pun bias jugak pada aku. Apatah lagi TV3. Anda mesti ada akal, jadi baca dan nilai. Jangan jadi lemu yang dicocok hidung, orang tarik sana, dia p sana, orang tarik sini dia ikut saja. Orang tibai dengan kayu dia lari, orang bagi rumput dia mari. Nikmat Allah bagi tu gunakanlah dengan sebaiknya.

Sekian.


Maaf atas kekasaran bahasa yang memang diadakan dengan tujuan menyindir!


Share/Save/Bookmark

Seram

sekarang tengah sibuk sikit sebab dah hampir ke akhir-akhir minggu untuk menyiapkan mini research (SSC) ni. So, mood takdak nak update blog. Kebetulan ada kawan kat facebook letak video ni. Konon-konon ceramah politik la, tapi aku tunggu jugak la nak dengar walaupun aku malas sebenarnya nak dengar orang cerita karut marut. tunggu punya tunggu, wah!!!! Macam dengar cerita hantu pulak, sound effect tu memang takleh blah. SERAM!!! Macam cerita Ahmad Albab pun ada jugak. harapnya malam ni tak terganggu tidoq aku walaupun mungkin tak tidoq. TAKOT!

HEY.....manushia..!!!!! LOL!!


aku letak kaler pink so that nanti tak seram sikit. ^___^


Share/Save/Bookmark

Sedar Sedar Sedar

Oleh kerana aku sayang sama Negara Malaysia, aku harap korang semua pun ada kefahaman yang jelas dan tak lagi diperbodohkan dengan ayat putar belit para MP sekalian. Sebagai rakyat, kita semua ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Untuk melaksanakan sesuatu, perlu ada kefahaman yang jelas. Bukan main ikut-ikut.


Semua masyarakat perlu tengok dan sedar akan situasi ini!


Share/Save/Bookmark

Hemoi

AMARAN: Entri ini sengaja ditulis dalam loghat utara, bahasa pasar, manglish dan agak panjang. Jangan baca kalau mudah bosan atau tengah bad mood.


Hah, apa pulak kali ni yang aku nak merepek kali ni. Sapa tau apa maksud hemoi? Takyah la pi google dalam dictionary.com pulak. Confirm takdak. Ini bukan english word. Tak ramai mungkin yang paham maksud perkataan ni. Budak-budak utagha macam Ahmad Faris, Faiz Fauzi, Shedot, Tisam dan lain-lain mungkin la tau. Ka hampa pun taktau? Kalau taktau gak, maybe perkataan ni digunakan secara lokal saja la kot oleh keluarga aku dan orang-orang kampung yang aku pernah dengaq depa sebut. hehe. 

Oh, sebelum tu mai kita tengok macam mana nak sebut perkataan ni. Sebut dia bukan her-moi, tapi hair-moi. Kalau dulu belajar nak sebut perkataan dalam bahasa melayu kat tadika ka PASTI ka mana-mana ka, kan dulu ada belajar sebut untuk huruf 'H' ha hi hu he he ho. Ha...kita ambik 'he' yang first tu. Moi tu sebut macam besa ja, moi jugak. 


Ok, sekarang kita tengok apa definisi hemoi ni kalau ikut dictionary Kedah-Kamus Dewan.
Hemoi ni maksud dia....kita tengok contoh penggunaan dulu eh? boleh? (ayat di sebelah tidak membawa maksud kata hemoi tu!)

Situasi 1: Amran pi cari kerja. Dia susah. Hidup melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anak-anak ada 3 4 orang. Dengan hemoinya dia pi jumpa tokey kilang beras yang dia pun tak kenal. "Boss, ada kerja kosong dak? Saya nak jamu (beri) anak-anak saya makan, kesian depa. Saya takdak duit, kerja pun takdak boss. ada kerja kosong tak boss? Kalau takdak pun, saya nak pinjam seploh (10) boleh?"

Situasi 2: Satu pagi di dalam kelas. Cikgu murni (sebab nama ni selalu dengaq dulu-dulu masa tengok cerita lama-lama) tengah ajaq bahasa melayu. Tiba-tiba satu kelas bising. ada bau sesuatu. Ada orang melepas dalam kelas rupanya.... Cikgu Murni toleh belakang dan tanya "Sapa punya kerja ni ha?" Dengan relaxnya ada budak yang duduk kat tengah-tengah kelas tu angkat tangan seraya berkata "saya cikgu!" Cikgu murni yang juga tau macam mana nak guna perkataan hemoi ni lalu bekata "Awatla awak ni hemoi sangat....?" Semua orang pun senyum saja. haha.


Dah dapat tangkap ka maksud hemoi ni? kalau belum jom tengok lagi satu. [hint: hemoi adalah satu bentuk perbuatan dan perasaan (kombinasi)]

Situasi 3: Lutfi seorang pelajar yang macam au au sikit dalam kelas 4M. Budak-budak laki lain dalam kelas tu tak campoq sangat dengan dia. Ditakdirkan suatu petang ada perlawanan bola sepak antara kelas 4I dan 4M. Kelas 4M tak cukup player lagi, sebab budak laki dalam kelas tu tak ramai.  Dalam duk kalut-kalut cari sapa nak main lagi petang tu, Lutfi tiba-tiba menebalkan muka seraya berkata "saya nak main sama boleh?". "hemoi gila budak ni" tiba-tiba Abu yang memang tak sebulu dengan Lutfi bersuara.

Ha...cukup ah, dah banyak contoh dah tu. Dalam situasi 3 tu ada maksud perkataan hemoi tu seniri. Mungkin susah nak tangkap la kot. haha. Tak pandai nak cerita. ^__^ Ok la, bagitau la mudah... nanti lagi bosan nak baca sampai habis. ^O^
Maksud hemoi ialah meminta-minta sambil menebalkan muka...mengurangkan rasa malu...merendah diri dan seangkatan dengannya...paham? Pepatah melayu lain yang membawa maksud yang sama aku rasa ialah macam perigi cari timba (padahal tak salah pun, tapi adat me-layu...nak buat macam mana). Negatif sungguh kan definisi hemoi ni. huhu. Ada definisi lain ka dak ni?

Bagus ka dak individu hemoi ni? Mai kita tengok. 
Dalam hidup ni, mau tak mau ada situasi kita kena jadi macam Lutfi dan Amran. Budak yang dalam situasi dua tu toksah la jadi pulak, dia tu mungkin jujur sangat kot. haha. Naif. situasi tu pun mungkin kurang tepat, tapi layan jelah. 

Seperti yang semua tau, dalam hidup ni tak semuanya berpihak kepada kita. Tak semua benda datang bergolek, berlari apatah lagi memandu kepada kita. Tak semua dikurniakan rezeki datang tanpa usaha. Orang main judi pun kena p beli tiket judi (isu sensitif, jadi kena cross). Ada yang perlu kita kejar dan berusaha untuk dapatkannya. Kata 'hemoi' ni selalunya sesuai digunakan untuk describe orang yang meminta sesuatu walaupun dia tak ditawarkan perkara tersebut. Contoh lain macam orang yang tak layak masuk ke sekolah asrama ka apa ka sebab dia tak lepas saringan kemasukan, tapi dia guna pintu belakang untuk masuk. Contoh lain yang positif sikit ialah dia ni tak la pandai sangat buat kerja, tapi dia offer diri jadi ketua untuk lead sesuatu projek.

Contoh lain yang dekat dengan aku ialah ketika belajar di hospital Kalau tak jadi hemoi dan tak pi jumpa patient, maka tak dapat la nak praktis cara ambik history/her-story dengan pesakit-pesakit. Nanti dalam exam sapa yang susah? Aku... jugak yang susah. Mama pun selalu pesan supaya jadi hemoi sikit terutama bila nak belajar. Rajin pi jumpa lecturer ka bila tak paham, senior ka sapa-sapa ka. So dalam kata lain, hemoi ni jugak boleh didefinisikan sebagai proaktif...setuju dak? Kalau tak setuju ikut la. Tak paksa pun. Hidup ni kalau kena paksa-paksa bukan seronok sangat. Buat benda mudah pun kalau kena paksa sure tension. Apatah lagi benda-benda besaq, mesti lagi tension. Kena kahwin paksa, padahal tak suka pun. tension dak? Jadi ikhlaskanlah hati. Hah, mana pulak melarat ni. back to the topic. ^___^

Aplikasi menjadi seorang yang hemoi ni sangatlah luas. Sejauh saujana mata memandang...Dari mencari ilmu sampai la sebesaq-besaq benda macam beribadah dan kawin (pun satu ibadah kalau niat betul). Ha, ke sini  semula pulak tiba-tiba. Cukup takat tu, takmau ulas panjang. Paham-paham seniri la no huraian dia. 

"Barangsiapa menikahi perempuan hanya kerana kemuliannya, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kehinaan.
Barangsiapa menikahi seorang perempuan hanya kerana hartanya, Allah tidak akan menambah kepadanya kecuali kefakiran.
Barangsiapa menikahi seorang perempuan hanya kerana keturunannya, Allah tidak akan menambah kepadanya kecuali kerendahan.
Barangsiapa menikahi seorang perempuan kerana ingin menjaga mata, memelihara kemaluan dari perbuatan zina, atau menyambung tali persaudaraan maka Allah akan mencurahkan keberkatan kepada keduanya" 
(HR Thabrani)


Tak percaya ka dalam ibadah pun kena jadi hemoi? Cuba bayangkan kalau diri anda seorang yang baloq (pemalas) untuk beribadah, tak ka rugi tu? So kena la jadi proaktif dalam beribadah. Rajin-rajinkan diri  pi masjid ka (cakap untuk diri sendiri), rajin sedekah ka...rajin posa ka...baca dan faham maksud ayat-ayat Quran ka...banyak la pendek katanya. Kalau jenis duk rasa diri hebat, tak pernah hemoi dengan Allah swt, tu yang duk jadi sombong tak ingat dunia tu. Jadi insensitive dengan dosa dan sebagainya. Kenapa dengan Allah pun kena hemoi? Allah kan Maha Pencipta, kita ni hamba saja! Hamba woi, hamba! Ingat tu!. So dah hamba, buat la cara hamba, kena la sentiasa meminta-minta. Ada pahem? Cukup-cukup la sombong dengan manusia, tak jadi hemoi dengan manusia tak rugi sangat. Tapi kalau tak hemoi dengan Allah, hm...taktau la. Syurga tu milik Allah. Boleh ka nak buat hemoi mintak masuk kalau dah mati nanti padahal kat dunia dulu hidup tak pernah ikut syariat? Lu pikiaq la sendiri. Ok?


So...takat tu sajalah dulu. Saja nak kongsi pasai hemoi ni. Moga-moga boleh dijadikan pengajaran buat yang membaca. Kalau dah baca tu, lepas ni boleh la kongsi-kongsi dengan kawan-kawan. Aplikasikan rasa hemoi ni dalam kehidupan seharian. Baru la hidup sentiasa merendah diri. Kalau orang tak pandang pun takdak la kecewa menonggeng. kan kan? :)

Dua tiga hari ni down sikit. Taktau la pasai apa. Tapi tak sampai la kecewa menonggeng. Pasai tu nak kongsi supaya dapat release sket dan hampa semua dapat ambik sedikit sebanyak pengajaran. huhu. ok la. selamat pagi untuk semua. Dah nak subuh. mau sambung buat benda lain pulak.

wassalam.
+++++++++++++++++++++++

1. Tahniah buat naqib aku, Dr. Mofaz dan isteri, Dr. Ili yang baru sahaja dikhabarkan bergelar bapa dan ibu. Semoga bidadari yang dikurniakan Allah kelak akan meneruskan perjuang membela agama ini :) Hadiah graduation eh? :p

2. Tahniah juga buat Dr. Syafiq yang baru fresh graduate dari RCSI yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan 6 ni. Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi qair. I am happy for u. 

3. Happy birthday untuk kawan aku Yunus Shaharuddin yang menyambut birthday ke 23 hari ni. Balik JB eh? haha, enjoy la yer.


Share/Save/Bookmark

Aku malu



adanya orang2 macam ni yang kononnya pembela bangsa menyebabkan aku malu dengan diri sendiri. Apatah lagi kononnya dia pembela agama. Sedih2.
Dengan perempuan pun nak bertekak dengan mic. Mana budi pekerti dengan seorang wanita? Islam ajar macam tu ka? kata pembela agama...
Polis mana pulak? Pakcik tgh lunch ka? Saya rasa penggunaan loud speaker di tempat awam secara terbuka tak boleh. Awat tak mai tahan pulak. Berkumpul ramai-ramai pulak tu.
Habis korup semua.


Share/Save/Bookmark

Waterford



Alhamdulillah, selesai urusan di Waterford buat masa ni. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar lebih banyak berkenaan radiologi di sana. Peluang untuk belajar lebih mendalam di bidang radiologi ini aku kira sebagai satu peluang untuk memberikan 'new insight' dalam bidang perubatan ini. Seminggu di sana lebih banyak mendapat tutorial dari 2 minggu di Dublin. :)

Pengalaman seminggu di Waterford aku kira cukup bermakna. Ini termasuk dari segi pelajaran dan sosial. 5 hari 4 malam di Waterford meninggalkan banyak kenangan. Barangkali sukar untuk diperolehi lagi memandangkan radiologi bukanlah salah satu rotation khusus dalam bidang perubatan ini. Ia hanya diajar sebagai salah satu investigation tools ketika rotation lain berlangsung (orthopedic, peadiatric etc). Untuk rekod, kali ini aku mencatatkan rekod tinggal bersama non-malaysia paling lama dalam sejarah. Kali terakhir adalah semasa pergi ke Sailing Trip dua tahun lalu. Malangnya kali ini, tiada sesi fotografi kerana masih belum ada kamera lagi buat masa sekarang. ^__^ Handphone pulak terlalu maju untuk ambil gambar.


Hari pertama di Waterford dihabiskan dengan membeli belah di Tesco dan mengulangkaji anatomi sedikit sebanyak. Kami sampai di sana lebih kurang jam 7. Tempat pertama yang ditujui adalah pasaraya untuk mendapatkan bekalan makanan. Aku dan Perry bercadang untuk memasak setiap hari di sana. Kata perry, kami patut gunakan minggu ini untuk luxury foods. Aku pun sebenarnya dah lama tak memasak makanan laut untuk diri sendiri. Ayam saja setiap hari. Jadi di Tesco aku hanya membeli udang dan crab stick. Alhamdulillah, tiba-tiba terserempak dengan paste TOM YAM...apa lagi, laju sahaja lepas tu aku beli bahan-bahan lain untuk memasak tomyam. Awalnya tak bercadang pun. Jadi peringatan untuk rakan-rakan yang bakal ke sana nanti, bersedialah dengan barang masakan kerana di sana ada segala kemudahan yang anda boleh gunakan untuk memasak. Jimat jugak wang kerana makanan di kantin hospital agak mahal melainkan jika anda mendapatkan swipe card dari sekuriti. Khabarnya 40% murah. Selain Tesco, LIDL juga sangat berdekatan dengan Waterford Regional Hospital ini yang terletak betul-betul berhadapan dengan tempat tinggal kami.

Keesokan harinya kami ke hospital seawal jam 8. Mengikut jadual, pagi itu kami sepatutnya bertemu Dr. Ian Kelly, Consultant Radiologist di sana. Tunggu punya tunggu, akhirnya baru dapat tahu yang dia tidak ada di sana pada hari tersebut. Mujurlah tidak terlalu lama menunggu. Kami kemudiannya ditemukan dengan Dr. Mirza. Rasanya dia berasal dari kawasan Asia Selatan. Dia bertugas sebagai registrar di sana bersama dengan Dr. Hani Al- Fadhel dan Dr. Mañana (baca Maniana). Kami kemudiaannya diajar diletakkan di bawah jagaan Dr. Mañana sepanjang hari itu. Dia sangat baik! Motherly personality aku kira bertepatan dengan umurnya. Dia yang berasal dari South Africa itu cukup bangga sekali dengan negaranya. Pengalaman belajar X-ray bersama Dr. Mañana cukup menarik. Antara yang aku pasti cuba untuk tidak lupakan adalah Salter Harris Fracture. :) Aku percaya Perry mungkin akan membeli buku tebal berkenaan x-ray tersebut.

Hari-hari seterusnya juga kami banyak berada di bilik registrar tersebut. Belajar berkenaan x-ray, CT scan dan MRI. Ada juga peluang yang aku gunakan untuk ke intervention radiology room. Dr. Kelly dan Dr. Hani banyak melakukan prosedur di dalam intervention room. Selain di bilik tersebut, kami juga dibawa ke basement untuk melihat bilik MRI dan CT scan. Dr. Michael Farrell yang merupakan Associate Professor di Mayo Clinic US menjadi guru kami di sana. Antara yang baru bagi aku adalah melihat sendiri bagaimana CT guided lung biopsy dilakukan. Bunyinya mudah, tapi rupanya si doktor terpaksa mendedahkan diri kepada radiasi lebih dari tahap kebiasaanya kerana dia terpaksa berada betul-betul bersebelahan mesit CT scan itu. Selain melihat bagaimana biopsi dilakukan, kami banyak diajar cara untuk membaca laporan CT scan dan juga MRI. Pada petang itu juga, pertama kali aku menulis dalam patient chart (carta pesakit). Official chart! Terasa lain. ^O^

Apapun, pengalaman di Waterford memberikan impak kepada bidang yang boleh dijadikan pilihan apabila mahu melanjutkan pelajaran nanti.  Radiology is surely one of the choice. Tak banyak sibuk dan masih boleh melakukan ‘small surgery’. J Tak sabar untuk ke sana semula dalam 3 ke 4 minggu lagi. Semoga pengalaman selepas ini juga bermakna macam minggu sudah.

Moh sambung membelek journal. Wassalam.

Mood sekarang: confuse


Share/Save/Bookmark

Mother's day

Selamat hari ibu untuk mama!!  ^O^


(Tadi masa call tadi lupa nak ucap sebab tak perasan pun harini mother's day.)

Terima kasih kerana bersusah payah membesarkan saya dan adik-adik selama ini. Despite all the hardship yang dihadapi, mama tetap tabah dan sabar dengan segala kerenah kami adik beradik.
Terima kasih juga atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberi. InsyaAllah akan saya gunakan dengan sebaiknya. Segala tunjuk ajar dan didikan selama ini sangat saya hargai dan akan sentiasa dijadikan peringatan.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan mama dan baba dalam membesarkan kami semua. 

Semoga mama, baba dan adik-adik di rumah sentiasa sihat wal'afiat. Nanti insyaAllah kita jumpa bulan 6 ni kalau tak ada aral melintang.

Wassalam.

Yang merindui seisi keluarga,
Along




Share/Save/Bookmark

SSC

currently i'm doing the student selective component module. The topic that i had chosen was about the optional (temporary) Inferior vena cava filter uptake rate. I'm probably looking at the rate of intake of two different types of optional filter. So, while doing this, i'll be in the radiology department at one of the hospital here in dublin for 6 weeks. Technically i will be there only for 5 weeks because next week, me and my friend will be going to Waterford Regional Hospital which is about 3 to 4 hours from here and we will be spending a week there.

Honestly i'm not so sure why do we have to go there because most of the data that i need can be obtain from this hospital, but i reckon they just want to expose us to the different modality of radiology department around the country. One of the aim of this module is to expose the student to the career pathway that they are interested in. As for me, this topic actually give me a lot of insight about the radiology department itself and it gives me some new option that i might consider in my career after this insyaAllah.


We always associate the radiology department with X-ray, ultrasound, CT, MRI and all sort of scan that are available. However, now I know that they are actually more that that. In the radiology department, they do all sort of thing. including some minor surgery which mostly vascular. The coolest i ever watch so far was the aneurysm (dilatation) repair. They do what they call coiling for this procedure. It helps to reduce the chance of the aneurysm to rupture. Somehow, they are small risk of the surgeon to rupture the aneurysm itself while doing the procedure and it can lead to intra-cranial bleeding and lead to infarction of the area of the brain that is supplied by the vessels that ruptured. Other than this, the surgeon in the radiology department also do things like inserting the IV catheter for patient, nephrogram, angiogram and to some extent, stenting of the vessels.



It has been more than a week there in the radiology department and i find myself starting to like the place very much although there are not much natural light down there. ^__^ The nurses, radiographers and doctors over there are so kind to us (me and my friend). They treat us like we are part of the team. We get the same treatment like everyone else and from my observation, there are also less bureaucratic down there. They seems to be a very perfect big family over there. As time passed by and i'm starting to know more people, i feel like i'm actually working over there regardless the lack of knowledge on my behalf.

Next week, i'll be in Waterford. A whole new experience of radiology in peripheral hospital hopefully. Can't wait to learn more and more. The schedule is out and seems like we have lots of tutorials to attend.
Now is time to do some revision or...maybe going out to some beautiful garden perhaps. ^O^


Share/Save/Bookmark

Pinjam Puisi

Ketukan

Diketuk kamar hati....
Dari jendela rasa
Ku intai wajah tamu
Kamu rupanya

Mengapa kamu datang?
Hadirmu tiada aku undang
Aku larikan renung
Dari wajah kamu yang mendung
Tidak aku tidak, mahu memandang

Tapi mengapa?
Mengapa di hati wajah terbayang?

Diketuk kamar hati...
Tidak aku tidak, buka pintunya lagi
Kerana bersama kamu, tiada hadir pasti
Bahawa seruang kecil hati ini
Bisa kamu miliki.

-kiambang-
06082008


Share/Save/Bookmark