Kongsi


Dari Nukman bin Basyir, katanya ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.


Datanglah Abu Saklabah lalu berkata ” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (malikun a’adhun) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (malikun jabbar) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.



the hadith above was copied from here.


A video for your free time. ^.^



Share/Save/Bookmark

Berdakwah

Jelik melihat situasi sesetengah gerakan dakwah di bumi Allah ni. Claim itu ini, cakap laju begitu begini, last-last berlaku khianat sesama Muslim. SESAMA MUSLIM tu! Lemau!

Soalan ringkas kat bawah ni aku tujukan untuk semua yang terlibat secara aktif, tak aktif mahupun individu yang belum lagi kenal akan usaha dakwah di bumi ini dan secara umum untuk bacaan sesiapa sahaja yang singgah di sini. ^.^

1. APA TUJUAN ANDA PERSATUAN DAKWAH ANDA DITUBUHKAN?
2. ADAKAH ANDA BERDAKWAH UNTUK MENGAJAK MANUSIA KEMBALI KEPADA ALLAH ATAUPUN ANDA MAHU MANUSIA SERTAI PERSATUAN ANDA?
3. KALAU BERDAKWAH LILLAHITAA'LA, KENAPA PERLU KHIANAT AKAN USAHA DAKWAH RAKAN-RAKAN ANDA YANG LAIN?
4. KENAPA PERLU MERENDAH-RENDAHKAN USAHA GERAKAN LAIN!?? MENGAPA PERLU MENANAM BIBIT-BIBIT KEBENCIAN TERHADAP PERSATUAN LAIN?

Okayh, cukup setakat tu dulu kot. Fikir-fikirkan. Anda tahu siapa anda. Kalau yang rasa dia tak boleh nak faham, anggap saja ni satu renungan untuk difikirkan.
Sapa makan cili, dia yang rasa pedas.



Share/Save/Bookmark

Aidil Adha

Assalamualaikum wbt.


Esok, Jumaat 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430, seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha. 
Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ini adalah satu perayaan yang aku rasakan penuh simbolik apabila dikaitkan secara langsung dengan kisah hidup keluarga Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan juga isteri baginda Nabi Ibrahim, Siti Hajar. Banyak pengajaran yang dapat aku belajar dari sejarah yang ternama ini. Semoga perayaan Aidil Adha kali ini dapat kita sama-sama hayati dan kita sambut dengan penuh kesyukuran.


Apapun, esok aku ada kelas. O.O
Kena berkorban untuk ke kelas ataupun mengorbankan kelas itu. huhu. Masih ragu-ragu mana satu yang nak dibuat. Kalau ke kelas, solat sunat terlepas, tapi raya masih boleh disambut. Lafaz takbir masih boleh diucap. Entahlah, agak bingung. Tapi kebarangkaliannya mungkin aku ke kelas sebab esok ada ward tutorial selain case-bases teaching pukul 8.30pg esok. hm....


Semoga kalian semua gembira menyambut Hari Raya Aidi Adha ini. 
Di kesempatan ini jugak, aku ingin memohon kemaafan atas segala salah dan silap. (Mohon maaf bukan khusus untuk hari raya sahaja, tapi sangat digalakkan bersempena hari-hari yang penting macam hari raya ni....^__^)


Ok lah, dah nak stop dulu. Tulis pendek saja sempena hari raya esok hari. Buat yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Makan daging pun jangan lebih-lebih, nanti kolesterol naik mendadak. Ada pulak yang masuk ward nnt. :p
Pendek cerita, bersederhanalah dalam segala perkara termasuklah memandu dengan kelajuan yang sederhana. :D


Wassalam.



Share/Save/Bookmark

This is it.

Maafkan aku atas segala kesalahan dari diri yang hina ini,
Terlalu tinggi yang diharapkan dari seorang budak kampung yang baru mengenal dunia,
Maaf, tak mungkin dapat aku tunaikan semua itu dalam masa terdekat.
Semoga kamu kelak beroleh apa yang dicari selama ini.
Terima kasih atas segalanya.
Wassalam.

P/s: 
1. Aku berundur buat kali pertama dalam sejarah.
2. Sekeping hati yang ikhlas tidak akan pernah cukup untuk sesetengah individu.
3. Bagi yang mencari harta kekayaan serta pangkat, jangan cuba lagi mendekati diri ini.






Share/Save/Bookmark

Hikmah


Semalam aku ada kelas jam 8 pagi. Tutorial breast examination procedure.

Since kelas awal gile, aku pun bangun la pagi-pagi buta (5.30am). Bersiap semua dan tunggu bas macam biasa. Oleh sebab dah 2 3 kali bas pukul 7 di South Circular Road ni boleh sempatkan aku sampai di Eden Quay untuk ambil bas 7.15 yang akan ke Beaumont hospital, jadi aku pun keluar la rumah jam 6.50 pagi macam tu. Dalam pukul 7 macam tu, bas pun lalu la...aku pun naik. 


Nak dijadikan cerita, tiba-tiba banyak pulak bas pagi tu stop. Selalunya kalau bas pukul 7 pagi tu, dalam 10 minutes dah boleh sampai kat city center dan aku sempat la berjalan 5 minit untuk ke bas 27B di Eden Quay tu. So, sebab bas tu dah banyak stop, aku sampai kat city center dalam pukul 7.12 macam tu. 3 minutes gap adalah possible untuk berlari-lari ke bus stop yang lagi satu. So, dengan gaya yang tak sama dengan Usain Bolt (sebab aku galas beg), aku pun berlari-lari melintas jalan (sambil tengok kiri kanan takut-takut ada kereta yang sedang laju) menuju ke hentias bas 27B. Dalam 20 meter dari bas stop tu, aku nampak bas 27B tu bergerak. OMG! Tertinggal bas. Macam mana nih??!! Awal tu macam nak redah ja traffic dan pergi ketuk pintu bas tu mintak driver tu bukakan. Unfortunately bas tu pulak masuk lane yang sebelah kanan, so macam ada banyak kereta la pulak nak lalu-lalu kat lane kiri tu. Jadi aku pun rasa malas dan terus berjalan dengan harapan dapat tunggu bas tersebut di hentian seterusnya which is quite impossible sebab agak jauh. Dalam hati duk rasa "dah yang sure nih tak dan nak jumpa bas tu dah".


Tiba-tiba ja datang satu idea gila. Ambik teksi sajalah. haha. bukannya gila sebab apa tapi sebab memang diketahui umum yang teksi kat dublin ni sangatlah mahal. Naik saja dah kena charge 4.45 euro. pastu setiap kilometer dalam 1 euro lebih macam tu kot ka camna tah. tapi mahal la pendek katanya. So, dengan cuba menjadi bijak, aku berjalan melepasi dua hentian bas 27B selepas Eden Quay dengan harapan nanti tak la mahal sangat tambang teksi in case aku naik pun. haha. Sedap-sedap berjalan, tiba-tiba ada sebuah teksi lalu. Aku pun dengan ringan tangannya  pun tahan teksi tu....Pakcik driver tu awalnya macam dah terlepas aku, pastu dia memperlahankan teksi dia dan aku pun pergi la kat pintu teksi yang dah dibuka pakcik pemandu tu. Aku tanya dia "How much is it to get to Beaumont Hospital?" Dia cakap "Hm..about 10 to 12 euro". Aku saja tanya sebab duit dalam poket cuma ada 13 euro lebih macam tu. haha. Sebelum ni masa naik teksi dengan Abdul Malik ke Beumont tu 15 euro lebih. Itu pun pakcik driver masa tu macam sengaja bawak ke jalan yang sibuk so that kami (Abdul Malik sahaja sebenarnya) kena bayar lebih.


Then aku pun decide la, hantam jelah, teksi pun teksi la, nanti tak sempat pulak ke kelas praktikal tu sebab last semester aku tak join kelas Digital rectal examination (DRE) pun sebab lewat la. So aku pun cakap, "Ok". teksi tu pun bergerak menuju ke Beaumont hospital. Nasib baik pakcik tu macam bawak betul-betul. dia ikut laluan bas dan tak sibuk sangat, jadi dalam 10 minit kemudian lebih kurang aku tengok tambang dah sampai ke angka 12.08 euro. OMG, ni dah lebih dari bajet. Pastu aku cakap kat dia, "Excuse me, can you drop me at any ATM machine first because i dont think i have enough money to pay you". Kemudian dia cakap apa tah laju gila pastu aku cuma dapat tangkap yang dia kata tak jauh dah ni, depan tu dah Stesen Minyak Topaz dan Beumont House (pub terkemuka)  dan kat situ ada ATM ka apa tah macam tu. haha. Irish ni kalau cakap laju, mintak maaf la, aku pun gagau-gagau lagi nak tangkap sebijik-sebijik. Faham apa yang dia nak cakap sudey. :P


Kemudian baru aku perasan yang rupanya pakcik tu terlepas simpang ke hospital. Maybe sebab dia ralit sangat kot duk explain kat aku. So, aku pun cakap la kat dia, "Its okay, just leave me here (Beaumont  House). Its not far from the hospital, i can just walk". So since dia faham kot yang aku ni tak cukup duit ka apa tah, dia pun drop la aku kat situ. Aku pun kemudiannya baru sedar yang pakcik tu guna laluan bas 20B ke arah city kalau tak salah, sebab tu dia terlepas selekoh ke hospital sebelum jumpa Beaumont House. Aku pun bayar la duit kat dia semua dan berjalan kaki menuju pintu masuk hospital. Sampai sana saja aku lepak dulu minum-minum kopi dan terus ke kelas praktikal. Alhamdulillah Doktor Waleed yang jadi instructor. Doktor Waleed ni muslim dan aku rasa senang dengan dia sebab dia explain satu persatu dan tak kalut macam sesetengah instructor tu. 


Dalam kelas dia ajar kami macam mana nk buat breat physical examination. The best part is Ihsan pun ada dalam tu. Boleh la aku sembang-sembang melayu dengan dia. haha. Doktor Waleed mintak sorang jadi model lelaki untuk pakai fake breast. Ihsan dengan senang hati offer untuk jadi bahan volunteer dan awal tu semua maca gelak-gelak dengan Ihsan yang kepala hampir botaknya sambil menggalas fake breast tu. Aku pun tumpang sekaki la. Pastu bila dah semua habis, masa macam banyak lagi kot. Doktor Waleed cakap, "I'm going to teach you all something else, now take a seat.". Aku pun macam...wah...ni dah baik dapat belajar benda lain jugak selain breast physical exam. Tak rugi 12 euro aku. Then dia keluarkan mannequin untuk digital rectal examination...pergh..terbaiklah! Dah la tak datang last semester, dapat jugak belajar semester ni. Syukur sangat-sangat. So dia pun ajar la step by step etc dan akhirnya kelas pun tamat...


Alhamdulillah, bila dah belajar ni aku rasa macam mudah saja actually nak buat DRE tu. sebelum ni aku fikir, macam mana la nak sumbat jari dalam anal canal tu. Macam susah saja. huhu. Rupanya ada teknik tersendiri, bukan main sumbat. haha. *Ini adalah untuk pembacaan sahaja, bukan untuk dipraktikkan*  Legalah aku sebab dapat belajar cara yang betul, kalau tak, sure dah salah cara bila nak praktikkan nanti. ^___^


So, kesimpulannya, 12 euro dan tenaga larian aku tu tak lah serugi mana dengan ilmu yang aku dapat pagi tu. Itulah yang dikatakan hikmah dalam setiap perbuatan kita. Alhamdulillah yang ni kita nampak jelas-jelas sebab acaranya pun pendek saja. Hal lain dalam hidup ni pun macam tu jugaklah. 


Kadang-kadang kita terlepas pandang dan menyalahkan takdir bila ada sesuatu yang buruk (macam hilang 12 euro untuk teksi) berlaku dalam diri kita. Padahal kita tak sedar yang percaturan Allah itu adalah yang terbaik. Kalau sesuatu event itu panjang macam sebuah penantian ka macam tu, tentulah ada hikmahnya yang lagi besar. Mungkin Allah nak ajar kita erti kesabaran, kesetiaan, kepercayaan dan macam-macam lagi. Mungkin jugak Allah nak kita gunakan masa itu untuk memperbaiki diri sendiri supaya nanti dapat jadi manusia yang lebih baik... kn kn? Walaupun kita tak pasti apa sebenarnya yang tersedia di hujung sebuah penantian tu, yakinlah dengan janji-janji Allah, tentu tak kecewa sangat kalau apa-apa berlaku di tengah jalan sebab kita tahu semuanya itu dalam percaturan-NYA. Kita sebagai hamba perlu redha dengan segala yang ditentukan oleh Al-Khaliq biarpun kadangkala menyakitkan (bukankah kesakitan itu mengajar kita agar lebih tabah dan cekal?). ^__^


Wassalam.


p/s: Bila agaknya masa yang sesuai untuk cubaan kali kedua? XD 
Bagi hint sikit boleh? o.O
Maaf sebab panjang sangat ye.


Share/Save/Bookmark

to halt or to stop?

Probably the answer is there in front of me but maybe I'm just too afraid to admit it. I tried to push it even further without realising the effect of my effort. It may give a fruitful outcome but will there be blessing by Allah?
Should I put everything to a definite stop or keep craving and praying? 


-.-"






Share/Save/Bookmark

Cermin bukan untuk orang hensem saja

Alhamdulillah,


Sebentar tadi aku berkesampatan mendengar kuliah dari Sheikh Yusha Evans di Trinity College Dublin.
Lain rasanya bila dah lama tak dengar kuliah live. Online kuliah dari u-tube etc. mmg tak boleh lawan la orang kata. So kat sini sekadar ingin berkongsi apa yang aku dapat masa dengar kuliah tadi. Tapi sebelum tu untuk siapa-siapa yang tiada cermin di hadapan mereka, boleh ambik cermin dan sedia dengan cermin berhampiran anda.

Kuliahnya pendek dan padat. Beliau bercakap tentang:

1. Generasi muda. Banyak diberi contoh-contoh tentang golongan muda dari zaman Rasulullah dan sahabat2 selepas baginda yang menyumbang kepada perkembangan Islam. Antara nama yang sudah selalu kita dengan seperti Saidina Ali, Mus'ab ibnu Umair, Saidina Umar, Zaid bin Thabit, Saidatina Aisyah dan lain-lain.
Betapa tanpa hasil usaha golongan awal yang memeluk Islam ini, belum tentu lagi kita dapat menikmati nikmat Islam yang jarang-jarang kita hargai sepenuhnya di hari ini. Muda mudi adalah penggerak kepada gerak kerja agama la lebih kurang macam tu. So macam mana? :) Tengok cermin kejap...fikir-fikirkan.

2. Rancangan jahat pihak bukan Islam yang mahu memisahkan muda mudi dari agama. Menurut beliau, rancangan jahat pihak kafir ini bukanlah semata- mata untuk mengkafirkan golongan muda mudi, tapi lebih kepada menjauhkan golongan ini dari pengangan agama. Kerana tanpa berpegang teguh kepada agama, tidak guna menjadi seorang muslim yang kemudiannya hanya mendatangkan fitnah untuk Islam itu sendiri. Untuk pengetahuan semua, Sheikh Yusha merupakan seorang Kristian sebelum beliau menerima hidayah dan memeluk Islam. Jadi adalah tidak mustahil hal-hal sebegini menjadi pengetahuan beliau. Bahkan sesetengah kita mungkin sedar akan kewujudan hal ini, tapi masih tidak mampu melakukan perubahan, walaupun terhadap diri sendiri. Sedih kan? :( Nak tengok cermin ka kali ni? Kalau rasa segan, tak perlulah kot. :)

3. Kuantiti dan kualiti. Kuantiti tak penting, kualiti itu lebih penting. Contoh dari sejarah sendiri sudah banyak. Bagaimana sahabat-sahabat di zaman Rasulullah mampu menang dalam peperangan walaupun jumlah mereka jauh lebih kecil. Berbekalkan keimanan dan ketaqwaan yang jitu, jumlah yang sedikit mampu melakukan segalanya. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah melatih golongan awal yang memeluk Islam, walaupun jumlah mereka kecil pada awalnya, kualiti iman yang dipegang itu membolehkan seorang sahabat Rasulullah mengislamkan kebanyakan penduduk Yaman hinggakan ada sebuah hadith yang menyebut pujian Rasulullah terhadap keimanan penduduk Yaman. Begitu juga dengan contoh Mus'ab yang dihantar untuk berdakwah kepada penduduk Yathrib (Madinah). Kita sekarang? erk. jauh panggang dari api. Nak tau jauh ka tak panggang tu, korek lubang sedalam yang boleh, letakkan api dalam lubang yang dikorek dah letak panggang tu pulak tinggi melangit. Jauh ka tak tu?

4. Islam dan akhir zaman. Beliau menyebut tentang hadis yang menceritakan bagaimana berpegang kepada Islam di akhir zaman bagaikan menggenggam bara api. Sukar serta payah untuk berpegang teguh dan pastinya ada pelbagai cabaran. Namun begitu, Allah menjanjikan ganjaran yang lebih besar untuk mereka yang berpegang di jalan Allah di akhir zaman berbanding mereka yang berada di masa Rasulullah masih di sisi. So, sekarang cari cermin tengok dalam cermin tu, adakah kita telah menjadi seperti yang dituntut oleh agama? Terjagakah perkara-perkara asas dalam Islam dalam diri kita? Oh, kesiannya En. Cermin terpaksa digunakan lagi kali ni.

5. Distraction dan golongan muda. Sheikh Yusha Evans ada menyebut tentang beberapa perkara secara spontan seperti hiburan dan lain. Namun satu yang menarik perhatian aku adalah wanita. Begitu jualah dengan golongan wanita, the opposite sex is the greatest off all distraction. Betul ka ni? Tengok cermin lagi la. tak nak kata kat sapa2. For me, yes i have to admit it. Sadis pulak rasanya. Menurut beliau, kahwin tu macam jalan penyelesaiannya la sebab nanti pasangan hidup tu dapat meredakan distraction tu. Oh, kalaulah semudah itu. Sedangkan diri sendiri belum terjaga, macam mana la nak jaga anak orang kan? Tapi sampai bila anda baru betul-betul nak menjaga diri sendir dalam hal-hal agama kalau dalam umur 20-an pun masih belum mampu. Oh, tengoklah cermin lagi sekali. (mata kuyu dah pulak :D)

6. Hari akhirat. Semua individu akan berpanas terik dan bermandi peluh kecuali 7 golongan manusia. Sheikh Yusha cuma menyebut satu sahaja iaitu golongan muda yang dibesarkan dalam agama. Dibesarkan dalam agama yang macam mana? Ha...itu cuba la tgk cermin sekali lagi. Okaykah kita ini. jangan pandang orang lain, tgk diri sendiri dulu sebelum berani nak menuding jari kesana kesini. Masih berkesempatan kot untuk mengejar yang ini sebab golongan muda ni sampai umur 40 lebih macam tu. so...tinggal berapa tahun lagi nak mengejar yang satu ni?

7. Kehidupan dan dunia. Salah seorang alim ulama ada menyebut bahawa kehidupan di dunia ini bagaikan bayang-bayang. lagi anda terkejar-kejarkan bayang-bayang itu, lagi itulah anda tidak akan mendapatnya. Tapi apabila anda berpaling dari bayang-bayang dan berjalan kearah yang lain (mengidamkan akhirat), bayang-bayang itu akan pasti mengikut anda. Ada sebuah hadith specifically menyebut tentang hal ini. Tapi tadi tak sempat salin la, sekarang pulak macam malas nak cari sebab dah mengantuk. :P
Research sikit yeah sendiri2. hehe.

Jadi itu sajalah untuk malam ini dan mungkin juga  bagi minggu ini. Aku tak sempat menjenguk kerap sangat dah blog ni. Sudah berhabuk macam laptop kapal angkasa yang digunakan untuk menulis entry ni jugak. Semoga semua sihat-sihat dan dirahmati Allah sentiasa. 
Wassalam.


P/S: Aku menulis bukanlah sebab aku baik, tapi sekadar ingin berkongsi dan mudah-mudahan ada yang terbuka hati untuk berubah walaupun sekelumit rasa. Aku sedar saja yang aku pun banyak yang perlu diubah, tapi perubahan itu tidak hanya datang dengan kesedaran. Setuju?


Share/Save/Bookmark